Sunday, May 8, 2011

Friday, May 6, 2011

curi aura dia sikit lah kat sana nanti HAHAHA

and like all the people on the land of Malaysia ( huh? ) , i was thrilled and excited too to check on our UPU result. and tadaaa ! i got my first choice, Alhamdulillah. :)


Universiti Malaya :)

though i need to like freaking struggle once i study there, but i'm just couldnt wait to start my days as a college student. wehooooo !

and congratulations to all of you too !
and to those who didnt manage to get any place in UPU, it's okay there's lot more opportunities waiting for you guys, InsyaAllah.

Tuesday, May 3, 2011

another readers' wishlists

nampak nya I dah tertangguh banyak benda. yes, the readers' wishlists.

dan sekarang dah ada masa lapang sikit, so nak sambung lah. and now, it's Teacher Sabrina's turn ! wohoo.

so, here's her picture ( sorry teacher, curi dekat fb ni :D )


Teacher Sabrina, my english teacher back when i was in SESTER. yes, dalam gambar dia tu adalah anak dia. the second one, if i'm not mistaken. actually, i terkejut lah jugak bila found out yang teacher ni dah kahwin and ada 2 anak sebab seriously dia nampak sangat muda O.o

actually tak tahu nak cakap apa pasal teacher. hurm, of course lah teacher ni baik. sangat. baik sangat sampai buat saya naik lemak. haha. means, i selalu malas je rasa nak buat task or any homeworks yang teacher kasi. memang kadang-kadang tu siap ( dengan bangganya ) tapi rasanya banyak yang tak siap dari yang siap. haha. and sometimes, buat half way je, then, biar terbengkalai. sebab teacher marah pun macam tak garang, sebab tu kami semua naik lemak HAHAHA.

teacher ni pun lembut orangnya. and since teacher ni muda lagi usianya, ( cewahh ) kitorang rasa okay lah dengan dia. kiranya boleh get along. maybe sebab dia lagi faham kitorang kot. yelah masih berjiwa remaja. ecehhh haha.

and i think that's all.

oh and, if happen teacher read this entry.

thank you for everything.
every lesson that you taught us.
and sorry for all our wrongdoings
and being such a lazy bum.
we all love you ;)


Monday, May 2, 2011

bulan ke-lima 2011


ye, selamat bulan mei. dan sekarang ni aku sedang senyum separa tak rela.

pejam celik pejam celik, dah hampir setengah tahun 2011 kita lalui kan? apa yang aku dah bazirkan dalam masa 5 bulan ni? terasa sekejap semacam. nak kata aku gembira tu, takde lah suka hati terlonjak-lonjak. tapi nak cakap sedih tu, takde lah sampai menangis air mata darah. cuma sekarang ni, aku tengah takut. ya, takut dengan apa yang bakal muncul nanti. apa yang bakal aku lalui, tempuhi. apa yang kita semua akan rasa.

iyalah. tolak tambah, lebih kurang 2 bulan je tinggal untuk kita lepak-lepak suka ria ni. lepas ni, semua pun dah sibuk dengan hal masing-masing. daftar universiti/matriks sana-sini. heret buku dan fail ilmu merata-rata. bidang apa yang kita ingin teruskan pelajaran, di situ lah kita akan terus mengerah tenaga untuk masa depan.

orang kata, universiti/matriks bukan tempat main-main. haha. aku bukan lah nak bagi kamu semua gentar ke apa, cuma peringatan untuk aku dan semua. yelah. nak main tu, boleh tapi berpada-pada. sekolah menengah dan universiti adalah dua yang berbeza. aku ni konon macam dah masuk universiti je cara cakapnya, tapi aku serius ni, ramai kata rindukan sekolah bila dah masuk universiti. dan aku yang tak masuk universiti ni pun, dah terlalu rindukan zaman sekolah.

percaya apa yang aku dengar. bukan semua orang akan kekal sama. maksud aku, yang baik, takkan terus baik. dan yang jahat, takkan sentiasa jahat. ramai yang berubah bila digelar pelajar universiti/matriks. kamu semua faham-faham jelah ye maksud aku. sebab tu aku makin gentar dan berdebar. harap-harap, aku tak berubah menjadi teruk dan jahil. begitu juga dengan semua yang lain. harap pendirian kita kuat dan pegangan iman makin teguh, InsyaAllah.

aku harap mei akan berjalan dengan perlahannya agar sempat aku lengahkan dulu untuk masuk belajar semula. ya, aku tahu. dulu bukan main teruja dan tak sabarnya nak digelar pelajar matriks mahupun universiti. sekarang ni, selak buku pun dah terus terketar-ketar. haih. apa nak jadi ni. aku harap, semangat untuk masuk kolej akan muncul nanti dan perasaan malas aku ni tak berlanjutan. susah aku nanti kalau memalas memanjang.

haha kelakar pulak rasa tetiba. yelah, macam terlampau risau je nampak fikirkan belajar dan masa depan.

takpelah. apa yang terbaik untuk kita, semestinya akan Dia tunjukkan jalan. di mana tempat pun kita berada, di atas mahupun di bawah, jangan riak mahupun terasa rendah diri. kerana sebenarnya kita semua sama taraf, cuma yang bezanya usaha yang kita curahkan. cewahh, macam kasi kaunseling percuma je ni. haha

baiklah. selamat malam :)


Drama sebabak Alfalfa




ha' !
hebat kan arnab zaman sekarang. drama haiwan pun dah macam drama manusia jugak. HAHAHA

Waiting For Forever.

baru je habis tengok movie ni. quite a great story. plus, hero dia memang tak boleh kacak lagi ke? handsome ohh. :))) rasa terjatuh kejap masa tengok movie ni haha.

TOM STURRIDGE.






teruja tak nak tengok movie ni? silakan. entri kali ni dah pakej sekali dengan full movie kat bawah ni ye :)




p/s : ohh and kalau dia suruh wait for 30 minutes tu, you try reload. kalau nasib baik, tak payah tunggu lah, kalau nasib tak baik, kena tunggu lah 30 minutes. and as for me, i bernasib baik ! :)

and HAVE FUN WATCHING ! *watch full screen ya*


Sunday, May 1, 2011

fluffy

pagi-pagi lagi ma dah paksa suruh bangun. =='

orang tanya kenapa, dia kata angah ada beli present untuk straight A's SPM. tapi masa tu macam "ha' okay2. biarlah dulu." sebab mengantuk punya pasal. then, ma paksa-paksa jugak, konon berat lah nak bawak naik atas, ini case nak suruh jugak turun lah tu haih. ( time kejut tu sempat lagi bitau yang dia jumpa my ex-boyfriend kat pasar tani tadi HAHAHA )

and bila turun,


TADAAA !

rabbits for me and aca ! mine, jantan. aca, betina. Nama? ohh masih sedang memikirkannya. :)


the second photo tu macam fluffy gila kan? macam selipar bilik tu. u know, yang bercorak-corak berkartun-kartun tu :D

thanks, angah !


p/s : rabbit i tu baru je umur 5 minggu. lompat pun tak pandai lagi haha.