bila kita renunginya,
kita sedar kita bodoh,
bila kita fikirkannya,
kita tahu kita dungu,
bila kita hayatinya,
kita mengerti kita bebal,
namun,
kita masih tetap berdegil,
terus mengejar segala fantasi,
untuk mewarnai kegelapan hidup kita,
sehingga,
satu ketika kita sedar,
bangkit semula dari semua khayalan,
untuk menggapai erti sebenar sebuah kehidupan.
* KEHIDUPAN SEBENAR ADALAH SATU REALITI YANG MENYEDARKAN KITA BAHAWA FANTASI HANYALAH SATU PERMAINAN YANG CUBA MELEMASKAN KITA DARI DUNIA YANG NYATA
1 comment:
betul!
tapi bila realiti tu indah dari fantasi,
rasa nak pejam mata utk bermimpi pon tak nak.
hahaha.. crapping~~
Post a Comment