Tuesday, November 24, 2009

aku sedang membebel?

mahu aku menulis coretan lagi?
atau kamu sudah jemu membaca?
maaf kerana ruang ini terlalu bosan,
aku akan cuba mewarnainya lagi, ya.
aku mahu menulis di sini,
malangnya tiada idea mahupun cerita,
engkau tahu aku bosan kan?
setiap malam memang begini.
setiap malam memang akan sedih.
setiap malam memang akan bosan.
aku dah serik dengan keadaan begini.
sudah jenuh aku berfikir
letih memikirkan aktiviti untuk dilakukan
sudah tengah malam dan sepatutnya tidur?
oh, itu bukan aku.
aku seperti burung hantu HAHA
aku tidak ngantuk lagi lah
mungkin 2 atau3 jam lagi baru tidur
tidak mengapa,
katil sedia menunggu ku bila-bila masa pun.
alamak,
aku baru perasan.
aku tidak sedar yang aku menaip tanpa henti.
entah apa lah yang aku bebelkan tadi.
abaikan ya apa yang aku bicara tadi.
seperti mahu menekan butang backspace sahaja
namun tidak jadi.
biarlah hasil bebelan aku ini terpapar.
biar shabat ku baca.
aku tahu mereka pun seperti aku.
sedang bosan kan?
sedang berfikir mahu buat apa kan?
masih berfikir lagi?
tidak mengapa.
teruskan berfikir sambil membaca ini.
moga-moga ilham tiba-tiba muncul,
aku sudah mula mengarut kan?
haha tidak mengapa lah.
itu memang aku.
sudah lah.
aku rasa aku perlu berhentikan jari ku.
berhenti menaip perkara sia-sia.
maaf lah mengambil masa mu.
aku tahu engkau telah bazirkan 5 minit,
laen kali jika tak mahu rugi,
jangan baca apa-apa yang aku bebelkan ya.
baiklah.
aku berhenti sekarang
dan kali ini memang aku akan berhenti betul-betul.
selamat tinggal.


*wah, tak sangka aku pandai membebel. kan? kan?

No comments: