Thursday, December 23, 2010

saya berbahasa aku :)


sekarang aku terasa nak cakap pasal sester. ya, sekolah asrama aku yang aku tak berapa suka dulu. tapi sekarang aku rasa macam heaven je dapat tinggal kat situ. ya, best juga la especially tahun ni sebab takde kerenah senior kot haha. sampai sekarang aku rasakan yang sester ni memang penuh dengan budak yang pelik-pelik. serious aku cakap, kalau lah korang dapat rasa macam mana berkawan dengan budak-budak kat sini memang wallahh lah haha. yelah, semua orang ada perangai dia masing-masing. perangai yang pelik. pelik yang memang pelik lah. pelik yang tak dapat jumpa dekat smart. dulu ada lah jugak orang kata yang aku ni pelik , tapi kan sumpah orang-orang yang dekat sester ni lagi pelik dari aku *walaupuun aku rasa ku tak pelik pun sebenarnya*.

cuba bayangkan, orang yang kalau stress je buat benda-benda pelik. macam panjat bumbung, panjat tangki air yang setinggi awan tu, masuk hutan pegi air terjun dan macam-macam lagi lah. tak tahu camne nak describe dorang. perangai dah pelik, pemikiran lagi lah. kadang-kadang aku rasa, sester ni macam satu tempat pengumpulan orang-orang pelik serata malaysia haha. ada kawan aku tu perangai macam orang tua, rupa macam bapak orang, alim macam ustaz dan banyak lagi lah. memang sumpah banyak yang aku tak pernah jumpa masa sekolah kat smart dulu. dalam gang aku sendiri pun ada yang pelik juga, tapi tak berapa pelik sangat lah berbanding orang lain. tapi deskmate aku, *deskmate terbaru ya* memang sangatlah peliknya haha. dan perangai dia macam takleh bla lawaknya. haha.

hurm aku rasa kan, orang pandai memang pelik kan? sebab cikgu-cikgu kat sini pun aku rasa pelik jugak haha. yelah, especially cikgu physics aku di mana konsep pengajaran dia lebih kepada gaya-gaya peliknya seperti menari-menari, menonggeng-nonggeng dan sewaktu dengan nya haha. memang pecah perut lah tengok gaya dia walaupun aku kadang-kadang tak berapa faham sangat apa yang dia cakap sebab dia cakap bahasa kelantan. aku mana lah fasih sangat, sikit-sikit tu boleh lah. kadang-kadang aku akan jadi orang yang gelak paling last sebab aku kena tanya dulu kawan kelantan aku apa yang cikgu buat lawak baru aku paham -.- tapi kan cikgu-cikgu di sini ramai yang veteran dan semuanya melayu.

walaupun budak sester ini sangatlah peliknya tapi aku rasa yang mereka ni cool dan boleh dikategorikan sebagai awesome yeahh. ni baru je sekolah kat negeri lain di mana populasi pelajarnya hanyalah sejumlah 300++ dah jumpa ramai orang pelik. i bet kat unibersiti nanti nauzubillah tak tahu lah ramai mana. haha. kadang-kadang aku rasa aku macam dalam movie haha, sebab kan selalu kalau movie yang pasal high school mesti ade nerds, geeks, gediks, poyo, genius, spoiled, stylo, kaya, miskin, pelik, normal dan segala bagai. dan semua tu ada kat sester haha. pelikkan?

akhirnya aku berjaya juga untuk menyayangi dan menyukai sekolah asrama aku tu walaupun tahun pertama macam tak leh bla seksanya. aku belajar banyak benda sebenanrnya, bukan akademik je tapi self management. hebat kan dalam dua tahun je aku dah dapat rasa keadaan susah perit, suka duka bla bla bla. aku harap aku akan jadi lebih tough nantu masa kat universiti yelahh. macam nak tercabut jantung aku ni bernafas sesak-sesak bila hadapi masalah. nasib baik jantung aku ni dah disalut dengan besi, at least aku dapat lah survive nanti untuk dunia sebenar.

oh ya, kat sester ni kan, walaupun sekecil-kecilnya, tapi drama yang wujud memang tak leh bla banyaknya. every week mesti ada nya drama ni lah drama tu lah konflik ni lah konflik tu lah. maybe lumrah kot hidup sebumbung, hari-hari, pagi petang, siang malam, 24/7 lah memang jumpa orang yang sama je. pusing-pusing sekolah pun jumpa batang hidung yang sama. memang hidup berkomuniti macam ni tak lari dari bergaduh dan konflik kan? cehh, cakap macam bagus kan haha. aku harap sangat satu hari nanti, 10 tahun lagi ke, kita akan berjumpa balik semua orang kat sester dan lihat perubahan yang berlaku pada diri masing-masing. mesti masa tu macam kelakar gila kan haha. dah dapat bayangan dah sikit macamane 10 20 tahun akan datang haha.

okay lahh. ni dah merepek melebih-lebih dah ni. aku sebenarnya sumpah rindu waktu sekolah walaupun baru 15 hari habis spm haha.

1 comment: