Saturday, April 30, 2011

Thursday, April 28, 2011

flashback of 1957

hey guys. sekarang ni, sign in je facebook mesti semua orang pun tengah kecoh-kecoh pasal tawaran matrikulasi. well, i pon nak kecoh-kecoh jugak kan HARHAR.

and tadaaa !


yes, i got Matrikulasi Melaka. *keningkening*

happy lah jugak kan, since melaka was my first choice masa apply for matrix ni. but i'm not sure yet nak masuk ke tak, tengah tunggu UPU lagi ( i've been told yang bulan mei baru keluar result UPU ).

please please please, hopefully dapat UM.

oh, ni nak habaq mai ni kenapa i pilih Melaka. well, itu adalah kerana, saya s
elalu sangat sering adore akan seni bina di melaka. and i suka sangat and rasa alive ( alive lah sangat kan =.= ) everytime menjejakkan kaki di sana. entah, maybe it reminds me of the past, the history ( walaupun subjek sejarah itu sangat liat untuk gue ) yang memberi rasa bangga dengan Malaysia ( ecehh over tau ) and sumpah bandar melaka ni memang, pandang kiri pandang kanan, i akan waahhh wowww uuuuu aaaaaa. HAHA.


NAISSS !
dah ni kerja nak melancong ke study ni -.-


Tuesday, April 26, 2011

So Malaysian

the title said it all.

korang pernah tak rasa bengang and marah pasal kelakuan and perangai malaysian ni? yelah, i know, i bukan bagus sangat whatsoever. tapi, at least i tau adab and apa we should do and shouldnt.

ni terasa nak bukak cerita ni.

okay.

semalam kan i baru balik dari terengganu and of course lah kan, kalau naik bus mesti ada pit stop kat R&R.


Part 1 :

beli makanan, then kena bayar kat kaunter lain. so, i pun pergilah kan beratur. tau tak? aleh aleh je ada orang potong queue =='
i mean, semua orang pun beratur ke kanan, and tetibe ada sorang mamat ni datang kat kaunter tu and beratur belak kiri. which is not beratur actually. itu adalah memotong sebab dia malas beratur lah tu. dah lah time tu, i was supposed to pay first kan. and dia pandang-pandang me and buat muka seposen. ishh bengang nya rasa. macam nak kasi penampar laju-laju je kan. haih sabar jelah.


Part 2 :

ini yang paling tak boleh blah =.=

time ni nak beli air kan. order lah nescafe and milo ais. tetiba ada la
gi sorang rakyat Malaysia ni yang suka sangat memotong and tiba-tiba datang on the left side, dia kata 'nescafe 1'. and bila orang tu letak je air nescafe dekat atas kaunter tu, orang tu terus amik, and i was like WTH pakcik ni. ( dalam hati lah kan) -.-
tapi i was like "eh ehh?!"
and dia terus, buat muka 'huh' and amik dan berlalu pergi bersama air nescafe itu ==' gila lah masyarakat ini. and i think dia tu regular customer kot kat situ, sebab orang kedai tu macam hehehehe at me. -.-

maka dengan ini, mana adab yang diajar masa pendidikan islam, pendidikan moral dan sivik dan kewarganegaraan?


nasib baik pakcik tu tua, tapi sumpah rasa hormat kat pakcik tu dah takde dah lepas dia buat macam tu. macam tak leh blah gila.

oleh itu, to me and all readers, satu je nasihat. JANGAN POTONG QUEUE.


terima kasih :)


Monday, April 25, 2011

Interview Yayasan Terengganu

i just arrived home from kuala terengganu. as what you guys read in my previous entry, i was selected for the interview for Yayasan Terengganu scholarship. so, it is the day, and i was quite nervous about it. quite? hello i was nervous to death. =='

unlike other scholarship, kami diperlukan untuk menghadiri IQ test pada hari pertama. IQ test itu diadakan pada hari ahad ( ahad adalah hari bekerja for terengganu for those who doesnt know yet ) jadi kami diarahkan untuk pergi ke Wisma Seri Amar untuk menduduki ujian bertulis. pada awalnya, kami memang sangat lost dan tidak berapa arif tentang 'apakah itu ujian bertulis'. ramai lah yang cakap, kena buat 2 esei regarding terengganu, the development yadda yadda as apa yang previous years lakukan. jadi, since i dont know much about terengganu, the development and activities going on in terengganu, i pun buat research macam-macam. Taman Tamadun Islam lah, Masjid Kristal, Monsoon Cup, yelah kan, just in case if they ask. mati kot kalau tak tahu satu habuk pasal benda ni. then, tup tup bila masuk je dewan peperiksaan tu, IQ test sahaja. Ha'?? sahaja? sahaja sahaja pun agak susah wey. 1 jam 20 soalan JE. tapi JE dia tu memang tak cukup lah kan nak fikir gila-gila. i mean, ada 2 3 soalan, i skipped dulu, then baru buat balik. nasib lah ada jugak 2 soalan camtu main hentam sahaja.

then mereka kasi surat ( yang i think mereka sepatutnya pos it sebab macam tak clear masa diorang called that day ) then, kat surat itu adalah 'panggilan tawaran temuduga'. dan saya dapat hari isnin, which is today. siti, qilah n tun dapat esok, and others ada dapat petang IQ test tu. tapi oklah, at least i boleh do some more research kan that night. dan since tiqah and izzah dah interview petang tu, tanya diorang soalan apa yang ditanya, dan mereka kata, "medic ( of course lah kan ) , 1 malaysia, ulama', politik". yes, POLITIK. and i was like, erkkkkk.
gilak ini, boleh ke interview masuk kan perkara politik? macam tak rasional je. but then, just prepare kan mana lah tau memang macam tu. haih.

so that morning ( pagi tadi lah kan -.- ) pergi yayasan terengganu and terserempak pulak dengan fitri. borak-borak kejap, fitri kata SUSAH.okay, dan itu terus membuatkan diri yang gelabah jadi makin gelabah. like seriously, gila betul. fitri kata ada pasal ulama', side effect of dialysis tu, and ada lagi lah ( cant recalled ). lepas tu, terus keluar balik dari yayasan terengganu n pergi gerai untuk online and do some research pasal ulama. haha, lagipun masa tu awal lagi kot.

enough. dah meleret ni.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

supposedly, my interview was at 10 am ( dalam surat ) but then, masa sepatutnya lari gila sampai 12 pm baru lah my turn.

  • 1 group 5 candidates
  • mine ; 4 girls, 1 boy
  • all malays
  • 3 panels
first, introduce ourselves. panel tu cakap, "short and sweet". but still ada yang bercerita pasal sekolah rendah, upsr, pmr etc.

second, one of the panel who is a doctor, tanya pasal kesihatan rakyat malaysia yang banyak penyakit macam obesity and so on. dia suruh kasi pendapat, apa yang cause all this problems. semua orang pun banyak gila cakap time ni. panel pun macam nak provoke sikit lah kan. kita cakap ni, dia cakap macam ni, kita cakap camtu, dia jwb pulak benda lain.

then,

panel : apa pendapat anda tentang konsep 1 malaysia? saya tak setuju dengan konsep ni. mengarut je. bla bla bla

lepas tu, kami pun kat dalam tu dah bertukar macam berdebat pulak =='
kami setuju dengan konsep tu, bagus. apa semua.

tapi dia cakap camni pulak lepas tu,

" tapi, mana keistimewaan melayu pulak? hilang lah semua hak kita. chinese indian semua dapat manfaat. nanti PM pun cina boleh jadi. awak suka ke macam tu? "

kitorang membangkang lah. lama jugak lah part ni je.

lepas tu masuk pulak lah a bit pasal politik HAHAHA.

macam tak boleh blah je bunyinya. tapi serious.

dia kata lah anda rasa negara kita ni negara islam ke? orang kata negara orang islam bukan negara islam?

mula-mula tu ramai yang teragak-agak. kemudian, lama-lama semua orang pun cakap ini adalah negara islam. siap masuk lagi ulama', datuk seri najib, nik aziz semua tu. haha. macam pelik je rasa mase tu.

part ni pun lama jugak. kiranya, every question yang ditanya tu, memang lama gila lah kami bincang n debat haha.

tak nak cakap banyak sangat lah pasal part yang politik tu. bahaya. ( bahaya lah sangat kan =.= )

dia tanya pula, siapa pengarah yayasan terengganu. yang terkini. dan kami dengan semangat nya jawablah Tn haji Aziz bin Mamat. lepas tu, panel tu buat muka pelik and cakap, saya kata pengarah sekarang. tahun 2011 ni. bukan yang dulu-dulu. lepas tu semua macam tercengang kejap and dengan muka konon-konon 110% sure berkata, masih tn hj aziz bin mamat. haha.

maka, berakhir lah interview itu which i think more to like debate haha. dan akhir tu, panel tu ada lah nasihat, cakap-cakap sikit. :)



so that's it. begitu lah lebih kurang nya.
tapi seriously, berbeza gila interview ni dengan jpa. JPA macam cool sikit and senyap sikit. yang ni macam forum plus berdebat macam tu. haha. and panel dia sumpah suka provoke. memang rawwrrr lah rasa haha. tapi okay je, because i'm cool. haha *over sudah*



maka dengan itu, marilah sama-sama berdoa agar saya menadapat biasiswa perubatan ini untuk ke russia :)

AMIN.

dengan itu, terima kasih atas doa kalian itu. :)



*oh and sesiapa yang bakal di interview tu, ambil perhatian bahawa bukan semua group soalan yang sama. soalan berbeza-beza. dia takkan tanya soalan yang sama. jadi jangan terlalu fokus dengan soalan yang saya dapat ni, research jugak tentang benda lain, isu-isu semasa yang lain. TQ*

Friday, April 22, 2011

I need miracles.

i'm going to Kuala Terengganu again tomorrow. got Yayasan Terengganu interview and test. right now, i've been quite busy ( busy lah sangat kan ) doing some research on current issues, about Terengganu, all the developments etc. and i really hope i can do my very best for this interview. oh, by the way, this interview is for medical course in Russia. for Egypt, they still havent decided yet whether they're going to send students there since Yayasan Terengganu havent got any green light from the government. so, i guess, for the time being, Russia is my only chance for Yayasan Terengganu.

please, please let the ideas flow swiftly during the interview and test.


Thursday, April 21, 2011

no distraction, please.



haha, so true.

i'm supposed to do some research and prepare for my Yayasan Terengganu interview and test this coming sunday. but still not havent done any of it yet. this is what happened when i start typing on the keyboard. i should type 'current issues' or 'terengganu development' but then, i ended up typing 'twitter.com', 'facebook.com' and even 'tumblr.com' with a big smile on my face haha. haiyaa. gonna get my head focus on what's important and what's not. haish.


Wednesday, April 20, 2011

diamonds.

kadang-kadang ada time tu kita akan berangan and terfikir-fikir pasal apa-apa je yang popped-out dari otak kita kan. sama ada benda tu kita suka or tidak.

dan semalam kan, tetiba je saya tersenyum sorang-sorang masa dalam kereta haha.

and nak tau sebab apa? ( farid mesti anda tau kan kenapa *keningkening* and and especially time main water polo itu haha. )

sebab teringat kan mereka ini !


my god. seminggu je kenal seems like forever kot. bond yang kami wujudkan memang sampai sekarang pun boleh rasa lagi. memang lah sekarang semua orang pun tengah busy kerja, study, exams semua tu, tapi still, kami keep in touch. every week mesti ada je something yang mereka akan share kat wall group PCA1M tu.

and my inspiration still memberi inspirasi yang menjulang-julang. i mean, kata-katanya masih memberi kesan lah dalam diri ini. ecehhh haha. *poyo*

and segala yang i belajar and lalui mase program tu, selalu akan i ingat balik and sedikit sebanyak dapat naikkan semangat i balik and semua lesson tu adalah cahaya untuk saya gunakan masa situasi hidup jadi samar. ecehhh lagi haha.

better stop sebelum semua orang pun pandang dengan sebelah kening terangkat-angkat.

and lastly, FK :)

hahahaha


muka bercahaya tampan.

ini ada video nak share untuk semua hamba Allah dan pengikut Rasulullah. ye, saya tau saya terlalu kerdil untuk berbicara soal agama. yelah, diri sendiri pun terkontang kanting lagi.

korang mesti macam, "he'eleh, nadiahbs ke ni?".

video ni al-amin yang recommend suruh tengok and i think, lebih baik kalau i share it with all of you. at least, kita sama-sama dapat merenung dan tunduk malu dengan kekuasaan dan keajaiban Allah SWT.


*pause dulu lagu dekat blog ni, baru ada feel :) *



subhanallah, kalau lah saya pun dapat mimpi macam tu.. :)


Tuesday, April 19, 2011

have faith.




i was blog-walking and saw this video on one of kyril's entry.

it some kind like gave me a wake up call.

yes, have you watch it?
and what do you feel?
it's true, right?

i mean, when we were kids, we didn't care at all of what's going to happen and about all the consequences. but, now, as we grow older, we're thinking too much and become paranoid. yes, paranoid. every single thing that we want to do will always not be done due to too much of what-if-this-thing-happened and how-am-i-gonna-cope-with-this thingy. and at last we didn't managed to do what's the best for us just because of it. the fear of losing and afraid of taking some risks had gone beyond the limit and its slowly controlling ourself. we're the one who need to control our fear and not let it slipped away and become the monster of our own reflection. you get what i'm saying, dont you?


"To surrender is 'to allow our inner resistance to melt'. Look deeply into your heart - find the highest unfulfilled good in you. It may be the fear to explore or to pursue your life's work. Disregard what others have to say. Trust and discover the wonders you may never have found if you hadn't done so."



i want one of those,

mana mahu cari?

Monday, April 18, 2011

haha, so true.

When my crush approaches me this way:

I pretend to be calm:

And when he’s gone I look:

I’ll start texting my friends about what happened:

And my friends are happier than me:

I’ll end up like this inside my room while recalling what happened:

JPA Interview

baiklah. dalam entri ni saya nak share a bit pasal my JPA interview last week. i tell apa yang i boleh recalled ek sebab ada sikit-sikit lupa dah.

only He knows how i felt bila i checked the website and found out yang i dalam list for the interview for medical course. thrilled but at the same time, nervous gilak sampai sejuk tangan.

then, i buat lah preparation, do some research yadda yadda. yelah, nak amik medic kan, kena lah tau a bit about the course kan, baru lah nampak macam kita memang betul-betul tekad nak further study dalam medic. segala penyakit yang tengah famous sekarang, semua i buat research. you name it, adenovirus? leptospirosis? dengue? just to prepare lah kan, in case mereka tanya soalan nak kasi kita mati punya, tercengang nak jawab.

so, i got the first day punya which on 12th april. 9.40 am.

since the letter stated that i needed to be there 30 minutes earlier for the registration, i ni apa lagi, pukul 8.40 dah tercegat kat situ. dia nak half an hour early, i bantai 1 hour early. semangat tu jangan cakap lah, sampai orang tu pun tergelak sebab awal sangat haha.

so i was in panel 3. and dia ada kasi group kan, and unlucky as i always be, i orang first dalam group tu and i'm the only one applying for medic, yang 4 lagi tu applied for pharmacy. 4 girls and a boy. boy tu dari MCKK, u. berdebar gilak kot tengok dia, nampak dari luar memang confidence level tiptop gitu. muka memang tak boleh nak cakap lah, memang nampak educated lah, i tell you. terasa rendah diri 2 saat ketika itu.

entered the interview room, ada 3 interviewers, 2 lelaki 1 perempuan. lelaki tu, sorang adalah doktor. and he looks familiar. tapi i couldnt recalled pernah nampak dia kat mana. and he also as if he knows me too. the way he looked at me lah kan. entahlah, maybe dia stay kat bukit istana jugak kot. entah, i dont know. and yang perempuan tu pulak, macam muka teacher hashidah. sebijik kot. yang satu lagi tu, biasa je.

and since i'm the one yang pakai nametag number 1, so, mereka pun asked me to introduce myself first. i cakap lah, nama, family a bit, koko participation, jawatan yadda yadda. and bitau jugak lah kan course apa nak amik and reasons. nasib baiklah agak lancar part tu. yelah, pasal diri kita je pun kan. oh and yang laki MCKK tu kan, dia duduk beside me. then, i terkejot gilak tau tak bila dia kata adik beradik dia 13 orang. terbeliak kejap mata. yelah, interviewer tu pun terkejut siap tanya lagi, from single parents ke? and dia jawab, yes. gila lah. macam mana lah nak beranak ramai macam tu. fuuhhh.

okay dah. back to the interview thingy.

dia ada tanya pasal ubat tradisional, herbs macam tu. they asked for our opinions lah kan. and i was the first one, jadi macam agak gelabah sebab kena fikir terus on the spot. and i rasa masa ni i'm a bit slack lah. i main hentam je jawab. nasib ada jugak lah point nya haha.

and for soalan terbuka, dia asked about knowledge and technology, which one come first. budak MCKK tu volunteer nak jawab dulu. then, interviewer tu suruh this one chinese girl jawab. then baru ingat nak tambah kan pasal tu tapi diorang macam nak cepat and terus wrap pasal topik tu.

after that, they asked nak study kat mana and why. so i cakap lah mahu ke new zealand. sebab JPA ada hantar for medic di NZ, India, Russia, Poland and Republic Czech je. so pilih lah NZ, orang kata lawa menarik tertarik. and bagitahu lah reasons nya. and interviewers saya ni dia suka lah argue-argue ni, berdebar kot. nasib lah okay je.

akhir sekali, dia tanya ada soalan apa-apa tak nak tanya mereka. i'm the first one to ask. and dia kata 29 april keluar result whether we got the scholarship or not. kiranya dah dekat lah kan. harap kamu semua doakan ya agar saya dapat. sebab saya sangat mahukannya. frust menonggeng ni kalau tak dapat.

and interview tu pun berakhir. 40 minutes camtulah. memang bunyi macam lama, tapi kan sumpah rasa kejap gila.

overall i think i did it quite well.
insyaAllah kalau ada rezeki tu, dapat lah scholarship tu.

Amin :)



propose me,

last night, i was sleepy to death when chatting with husna on facebook and i went offline and ready for bed. but then, after laying on the bed for couple of minutes, i dont feel sleepy at all. and i ended up watching the proposal which already been in my computer years ago. and yes, it was my first time watching it though.



it's nice. great. i mean this movie is really good. and i dont know why but i always get over excited when watching love story like this. two people who not supposed to fall in love but suddenly did. haha. i will like giggling, smiling without any reason. -.- sometimes i felt dumb for acting like that.

then it was 3.20 am and i still couldnt sleep. i decided to watch ps i love you but then, after 15 minutes, i caught myself snoring haha. exaggerate much. i dont snore, okay.

Sunday, April 17, 2011

Blow the candles.


Dear Wan Husna Wan Ab Ghaffar,
A happy eighteenth birthday to you. It had been almost 8 years since we know each other. Really missed the moments where we got to spend our after-school evening together gossiping and playing with stupid stuffs ( which we should actually been doing our homeworks -.- ). The practical pranks that we did with five for fighting during our high school years especially the nadiahbs-is-moving-to-johor-bahru part was damn hilarious and very convincing. haha. And the sleepover yang so funnehh and fun itu. It would be a lot of different if He didn't met me with four of you, my besties. I know I might sometimes done lots of hello-please-go-die-lah-nadiah silly acts when you're not in the mood or in wrong timings but pardon me, I'm just trying to put a smile back on your beautiful face. You always make me jealous over your 165 cm height haha. And and how I wished I have slim skinny body like you harhar.

Hope your dream in becoming a dentist will InsyaAllah become reality. May Allah bless you and all of us, always.

I know I'm the MOST AWESOME friend ever ( kan kan ), and I love you very much cik husni jelita ! And don't you ever forget me or else x_x haha.

cabang lain

orang kata, kita cuma merancang, Dia yang menentukan. sebenarnya, memang saya rancang nak sambung belajar dalam medical course and tak pernah terfikir pun nak ambil engineering since physics is not one of my favourite subject. tapi dapat ke tak, berjaya ke tak untuk belajar medic itu, hanya Dia yang tahu. jadi, oleh kerana dapat tawaran interview untuk engineering, why dont give it a try kan. yelah, mana tau dah tersurat or memang rezeki saya dalam engineering. who knows kan. and mungkin juga medic and engineering, both bukan jalan hidup i. maybe something yang berbeza and tak pernah terfikir langsung. and once again, siapa tahu kan.

oleh itu, i think, i akan pergi je for the interview for UTP tu. tadi ada lah borak-borak ngan adib regarding this. dia kata susah juga interview dia. siap ada test segala lagi. pasal electricity lah, itu lah, ini lah. haih. so, gonna start study and doing research. tapi manakah reference book physics gue?

adik zaman sekarang -.-

tengah engrossed dengan fb tiba-tiba, "ding"

aca, ya adik saya yang sorang tu, menyibuk di chatbox.

ada tertinggal satu keratan before yang atas ni ek.



tak, takde kene mengene pun dengan apa yang kami perkatakan mahupun berborak. cuma.

the point is....

perlu lah kan siap nak bermessage-message, fb-fb walaupun duduk satu tingkat, satu bumbung -.-
macamane lah bond antara keluarga nak kuat begini. ish ish ish. aca aca *geleng kepala bajet bagus*


p/s : sorry lah kalau tak faham apa yang kitorang tulis tu. bahasa kitorang memamg macam tu. kejap yah aca, kejap aku engkau, kejap orang dia, kejap den dia. haha. campur baur :)

Saturday, April 16, 2011

Tawaran ohh Temuduga

ya allah. dah agak lama jugak lah blog ini dibiarkan bersawang kan. bukannya apa, cuma lately too busy sampai kan nak online pun kena sesaat dua je. ceh ceh ye ke ni? haha.

so, dalam past few days ni, lots of activities yang telah berlaku seperti interview and majlis anugerah. but i definitely will post about it in seperate entry, dont worry. (ceh konon, macam ada orang gelisah and tertunggu tunggu je kan i update blog ni, haha so lame-o )

baiklah. dalam banyak-banyak, beribu-ribu tawaran yang disediakan untuk lepasan SPM ni, most of them saya tak dapat. hurm, bukan rezeki lah tu kot. tapi insyaAllah ada lah tu Allah selitkan rezeki saya kat celah mana-mana kelak :)

so, ini lah segala antara yang saya dapat and tak dapat untuk interview :

DAPAT (selain JPA) ;

oh yang ini adalah kemasukan ke UTP. Alhamdulillah lah kan dapat dipanggil for interview tapi kan ini adalah engineering. and engineering apa? petroleum engineering. baiklah, sangat jauh tersimpang dari matlamat sebenar iaitu medic. so, pergi ke tak tu belakang punya cerita, most probably pergi kot, sebab nak amik pengalaman berinterview gitu. but then, semua nya terpulang lah. pasni den konalah google a bit pasal petroleum engineering ni, yelah sedikit fakta pun takde dalam kepala ni haha.


TAK DAPAT ;


redha sajalah kan, mara luar negara tak dapat, cuba nasib untuk dalam negara pulak.


aduyai, tak dapat jugak. hurm, takpelah. nampaknya, dah tersurat lah tu untuk saya study di luar angkasa kan kan dr faiz khaleed. haha *keningkening*

(dengan penuh kesabaran, buka website lain and check lagi )


uuuu, TESL. bunyi macam hebat berbahasa inggeris kan? tapi, nampak sangat dia suruh belajar bahasa melayu kaw kaw dulu sebelum berangan nak amik TESL. sebab.....


yang ni pun I tak dapat lah u. sedih gitu. :(


hurm, yang ini lagi lah kan, petronas ni harapan jelah kan nak dapat. interview pun tak layak di-interview lagi lah mahu jadi scholar dia. haih.



eh cop cop korang ni, janganlah sedih sangat jugak. relax lah saya tahu sebagai kawan, suka, suka sama-sama, sedih pun, sedih sama-sama tapi......

yang tak dapat tu, SAYA TIPU SAHAJA haha.
saya tak apply pun semua itu haha. KECUALI, yang petronas tu. petronas tu memang saya apply tapi tak dapat untuk oversea punya, yang UTP punya yang dapat. haha. yang MARA tu, mana lah boleh i nak apply, sebab i dah apply JPA, kena choose satu je. dia tak kasi tamak haloba. yang TESL tu pulak, pun saya tak apply sebab tu lah tak dapat pun haha.


harap maaf.
HAHAHA

Tuesday, April 12, 2011

cover me in satin

song of the week ;

Friday, April 8, 2011

shaking.

so today is the most awaited day for all the applicants of JPA scholarships including me. it's the day for us to check online whether we're being called for interview or not. and for me, Alhamdulillah i got it.




this coming tuesday, 9.40 am. i got the first day of the interview. and that is so not good. it means 4 days from now. please, pray for me will ya? :)

Wednesday, April 6, 2011

i think i wanna marry you :)

do enjoy this song !

Tuesday, April 5, 2011

TA073A103

woot woot. did you see my name? no, not the highlighted one. yang tu shima, this picture, dia yang kasi. no, not showing off. saje mahu beritahu, nama saya masuk suratkhabar berita harian hari ini. *wink*

Monday, April 4, 2011

hey

entry on five for fighting's sleepover will be publish once i got all the photos and videos from husna, ya.

:)

Friday, April 1, 2011

hot news babe!

gila kot. hot news! sila click and tengok video ni. satu dunia pun dah kecoh. korang sure kagum punya.

tengok dulu, nanti saya explain dalam entri baru tentang video ini.

can't wait !

plans for the weekend already set up.

saturday ;
  • go to SMART's sports day early in the morning with afiqah.
  • ronggeng di mall after the sports day
  • meet up Cik Husni kami yang datang jauh dari Kelantan dan Sipon.
  • sleepover at MS Garden. thanks to Encik Gapur kita kerana sponsor bilik :) finally, 54F's sleepover!
  • night movies
sunday ;
  • ronggeng lah lagi, of course!

so hopefully plans ini menjadi yo ! five for fighting kembali bergabung tapi malangnya, Madi wont be there tomorrow. :(

will update later about our sleepover ya.

aku katang cakak ganu.

hari ini beta mahu practice kan bahasa terengganu yang beta pandai lah jugak kot nak cakap haha. kalau tulis memang pro lah kan, tapi kalau cakap terengganu, jangan gelak ya. sebab agak kejanggalan berlaku disitu haha.

hok sebenornya, aku takdok mende mende pong nok cakak kak sini. saje nok testing base ganu aku. rama kok orang ingak yang aku ni dok panda base ganu. eh kapung aku kat ganu, so sedikik sebanyok, aku pahang lah jugok base ganu n boleh cakak sepatoh dua patoh. tapi kala hok pekak pekak tu, aku dok pahang lah. ye lah, aku ni pong baru 2 tahung je belajor kak ganu tu. lagipong, balik kapung pon jarang sangak. kalau balik pong, aku dok cakak ganu pong ngang kazeng aku sebab kekgi ye bagi penampor sebab bila aku cakak ganu ni macang agok mengjengkelkang bunyinya. macam orang siam cakak je. haha. takpe, kekgi lama-lame tu bunyi sedak lah bila aku cakak. aku rase baik je aku benti sekarang, kekgi ade jugok kena penyepok dari kawang ganu aku sebab hancorkang base deme ni.

translate ;
yang sebenarnya, aku takde apa apa pun nak cakap kat sini. saja nak testing bahasa terengganu aku. ramai kot orang ingat yang aku ni tak pandai bahasa terengganu. eh, kampung aku kat terengganu. so sedikit sebanyak, aku faham lah jugak bahasa terengganu n boleh cakap sepatah dua patah. tapi kalau yang pekat pekat tu, aku tak faham lah. kalau balik pun, aku tak cakap terengganu pun dengan kazen aku sebab nanti dia bagi penampar sebab bila aku cakap terengganu ni macam agak menjengkelkan bunyinya. macam orang siam cakap je. haha. takpe, nanti lama-lama tu bunyi sedap lah bila aku cakap. aku rasa baik aku berhenti sekarang, nanti ada jugak kena penyepak dari kawan terengganu aku sebab hancurkan bahasa diorang ni.


haha so macamane? hebat kan? smug*