Monday, April 25, 2011

Interview Yayasan Terengganu

i just arrived home from kuala terengganu. as what you guys read in my previous entry, i was selected for the interview for Yayasan Terengganu scholarship. so, it is the day, and i was quite nervous about it. quite? hello i was nervous to death. =='

unlike other scholarship, kami diperlukan untuk menghadiri IQ test pada hari pertama. IQ test itu diadakan pada hari ahad ( ahad adalah hari bekerja for terengganu for those who doesnt know yet ) jadi kami diarahkan untuk pergi ke Wisma Seri Amar untuk menduduki ujian bertulis. pada awalnya, kami memang sangat lost dan tidak berapa arif tentang 'apakah itu ujian bertulis'. ramai lah yang cakap, kena buat 2 esei regarding terengganu, the development yadda yadda as apa yang previous years lakukan. jadi, since i dont know much about terengganu, the development and activities going on in terengganu, i pun buat research macam-macam. Taman Tamadun Islam lah, Masjid Kristal, Monsoon Cup, yelah kan, just in case if they ask. mati kot kalau tak tahu satu habuk pasal benda ni. then, tup tup bila masuk je dewan peperiksaan tu, IQ test sahaja. Ha'?? sahaja? sahaja sahaja pun agak susah wey. 1 jam 20 soalan JE. tapi JE dia tu memang tak cukup lah kan nak fikir gila-gila. i mean, ada 2 3 soalan, i skipped dulu, then baru buat balik. nasib lah ada jugak 2 soalan camtu main hentam sahaja.

then mereka kasi surat ( yang i think mereka sepatutnya pos it sebab macam tak clear masa diorang called that day ) then, kat surat itu adalah 'panggilan tawaran temuduga'. dan saya dapat hari isnin, which is today. siti, qilah n tun dapat esok, and others ada dapat petang IQ test tu. tapi oklah, at least i boleh do some more research kan that night. dan since tiqah and izzah dah interview petang tu, tanya diorang soalan apa yang ditanya, dan mereka kata, "medic ( of course lah kan ) , 1 malaysia, ulama', politik". yes, POLITIK. and i was like, erkkkkk.
gilak ini, boleh ke interview masuk kan perkara politik? macam tak rasional je. but then, just prepare kan mana lah tau memang macam tu. haih.

so that morning ( pagi tadi lah kan -.- ) pergi yayasan terengganu and terserempak pulak dengan fitri. borak-borak kejap, fitri kata SUSAH.okay, dan itu terus membuatkan diri yang gelabah jadi makin gelabah. like seriously, gila betul. fitri kata ada pasal ulama', side effect of dialysis tu, and ada lagi lah ( cant recalled ). lepas tu, terus keluar balik dari yayasan terengganu n pergi gerai untuk online and do some research pasal ulama. haha, lagipun masa tu awal lagi kot.

enough. dah meleret ni.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

supposedly, my interview was at 10 am ( dalam surat ) but then, masa sepatutnya lari gila sampai 12 pm baru lah my turn.

  • 1 group 5 candidates
  • mine ; 4 girls, 1 boy
  • all malays
  • 3 panels
first, introduce ourselves. panel tu cakap, "short and sweet". but still ada yang bercerita pasal sekolah rendah, upsr, pmr etc.

second, one of the panel who is a doctor, tanya pasal kesihatan rakyat malaysia yang banyak penyakit macam obesity and so on. dia suruh kasi pendapat, apa yang cause all this problems. semua orang pun banyak gila cakap time ni. panel pun macam nak provoke sikit lah kan. kita cakap ni, dia cakap macam ni, kita cakap camtu, dia jwb pulak benda lain.

then,

panel : apa pendapat anda tentang konsep 1 malaysia? saya tak setuju dengan konsep ni. mengarut je. bla bla bla

lepas tu, kami pun kat dalam tu dah bertukar macam berdebat pulak =='
kami setuju dengan konsep tu, bagus. apa semua.

tapi dia cakap camni pulak lepas tu,

" tapi, mana keistimewaan melayu pulak? hilang lah semua hak kita. chinese indian semua dapat manfaat. nanti PM pun cina boleh jadi. awak suka ke macam tu? "

kitorang membangkang lah. lama jugak lah part ni je.

lepas tu masuk pulak lah a bit pasal politik HAHAHA.

macam tak boleh blah je bunyinya. tapi serious.

dia kata lah anda rasa negara kita ni negara islam ke? orang kata negara orang islam bukan negara islam?

mula-mula tu ramai yang teragak-agak. kemudian, lama-lama semua orang pun cakap ini adalah negara islam. siap masuk lagi ulama', datuk seri najib, nik aziz semua tu. haha. macam pelik je rasa mase tu.

part ni pun lama jugak. kiranya, every question yang ditanya tu, memang lama gila lah kami bincang n debat haha.

tak nak cakap banyak sangat lah pasal part yang politik tu. bahaya. ( bahaya lah sangat kan =.= )

dia tanya pula, siapa pengarah yayasan terengganu. yang terkini. dan kami dengan semangat nya jawablah Tn haji Aziz bin Mamat. lepas tu, panel tu buat muka pelik and cakap, saya kata pengarah sekarang. tahun 2011 ni. bukan yang dulu-dulu. lepas tu semua macam tercengang kejap and dengan muka konon-konon 110% sure berkata, masih tn hj aziz bin mamat. haha.

maka, berakhir lah interview itu which i think more to like debate haha. dan akhir tu, panel tu ada lah nasihat, cakap-cakap sikit. :)



so that's it. begitu lah lebih kurang nya.
tapi seriously, berbeza gila interview ni dengan jpa. JPA macam cool sikit and senyap sikit. yang ni macam forum plus berdebat macam tu. haha. and panel dia sumpah suka provoke. memang rawwrrr lah rasa haha. tapi okay je, because i'm cool. haha *over sudah*



maka dengan itu, marilah sama-sama berdoa agar saya menadapat biasiswa perubatan ini untuk ke russia :)

AMIN.

dengan itu, terima kasih atas doa kalian itu. :)



*oh and sesiapa yang bakal di interview tu, ambil perhatian bahawa bukan semua group soalan yang sama. soalan berbeza-beza. dia takkan tanya soalan yang sama. jadi jangan terlalu fokus dengan soalan yang saya dapat ni, research jugak tentang benda lain, isu-isu semasa yang lain. TQ*

13 comments:

Shima Hishamuddin said...

awak hebat ! boleh laa. hahaha in malay eh ? best gila !

Efan Syairazi said...

hebat2.

nadiahbs said...

eh tak lah. english. tp dia cmpur2. tp banyak english lah. saya saje je tulis bahasa melayu tu.

efan ; hebat apa nya. kecut perut wey haha

Shima Hishamuddin said...

oh sye fhm, all malays tu semua org melayu. hahaha

nadiahbs said...

ohh yg tu ke. haha ha;ah semua melayu

Anonymous said...

Care to answer..Ur interview session is under what category? Skim Pelajar Cemerlang? Skim Pelajar Cemerlang Program Berkembar? or Biasiswa/Pinjaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah?

TQ

tia said...

salam,
nk tanya,,dalam IQ test ap yg dy tnye,,pasal science ke?

nadiahbs said...

anonymous ; biasiswa/pinjaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

utk medic di russia :)

nadiahbs said...

tia ; IQ test tu takde kaitan lgsg dgn science. cuba u google, tulis IQ test. and try buat. dia lbh kurang mcm tu lah.

iq test yang ada bentuk petak segi tiga semua tu, and jgk ada nombor2

Anonymous said...

nadiahbs: My son besok on 5th May ambil test and interview on Saturday.. Dia nak mintak Economic&Mathematics under SPC Program

nadiahbs said...

minta perhatian smeua ;

sesiapa yang bakal di interview tu, ambil perhatian bahawa bukan semua group soalan yang sama. soalan berbeza-beza. dia takkan tanya soalan yang sama. jadi jangan terlalu fokus dengan soalan yang saya dapat ni, research jugak tentang benda lain, isu-isu semasa yang lain. TQ*

Anonymous said...

thanks..

wawawa.. berdebar gile esok interview berlangsung. rasa macam nak tercekik un ada. tque aw kongsi.. at least ada la jugak info. wu huhhu..

Anonymous said...

thanks yup share..
tapi pasal ulama tu pasal ap ek?