ye, selamat bulan mei. dan sekarang ni aku sedang senyum separa tak rela.
pejam celik pejam celik, dah hampir setengah tahun 2011 kita lalui kan? apa yang aku dah bazirkan dalam masa 5 bulan ni? terasa sekejap semacam. nak kata aku gembira tu, takde lah suka hati terlonjak-lonjak. tapi nak cakap sedih tu, takde lah sampai menangis air mata darah. cuma sekarang ni, aku tengah takut. ya, takut dengan apa yang bakal muncul nanti. apa yang bakal aku lalui, tempuhi. apa yang kita semua akan rasa.
iyalah. tolak tambah, lebih kurang 2 bulan je tinggal untuk kita lepak-lepak suka ria ni. lepas ni, semua pun dah sibuk dengan hal masing-masing. daftar universiti/matriks sana-sini. heret buku dan fail ilmu merata-rata. bidang apa yang kita ingin teruskan pelajaran, di situ lah kita akan terus mengerah tenaga untuk masa depan.
orang kata, universiti/matriks bukan tempat main-main. haha. aku bukan lah nak bagi kamu semua gentar ke apa, cuma peringatan untuk aku dan semua. yelah. nak main tu, boleh tapi berpada-pada. sekolah menengah dan universiti adalah dua yang berbeza. aku ni konon macam dah masuk universiti je cara cakapnya, tapi aku serius ni, ramai kata rindukan sekolah bila dah masuk universiti. dan aku yang tak masuk universiti ni pun, dah terlalu rindukan zaman sekolah.
percaya apa yang aku dengar. bukan semua orang akan kekal sama. maksud aku, yang baik, takkan terus baik. dan yang jahat, takkan sentiasa jahat. ramai yang berubah bila digelar pelajar universiti/matriks. kamu semua faham-faham jelah ye maksud aku. sebab tu aku makin gentar dan berdebar. harap-harap, aku tak berubah menjadi teruk dan jahil. begitu juga dengan semua yang lain. harap pendirian kita kuat dan pegangan iman makin teguh, InsyaAllah.
aku harap mei akan berjalan dengan perlahannya agar sempat aku lengahkan dulu untuk masuk belajar semula. ya, aku tahu. dulu bukan main teruja dan tak sabarnya nak digelar pelajar matriks mahupun universiti. sekarang ni, selak buku pun dah terus terketar-ketar. haih. apa nak jadi ni. aku harap, semangat untuk masuk kolej akan muncul nanti dan perasaan malas aku ni tak berlanjutan. susah aku nanti kalau memalas memanjang.
haha kelakar pulak rasa tetiba. yelah, macam terlampau risau je nampak fikirkan belajar dan masa depan.
takpelah. apa yang terbaik untuk kita, semestinya akan Dia tunjukkan jalan. di mana tempat pun kita berada, di atas mahupun di bawah, jangan riak mahupun terasa rendah diri. kerana sebenarnya kita semua sama taraf, cuma yang bezanya usaha yang kita curahkan. cewahh, macam kasi kaunseling percuma je ni. haha
baiklah. selamat malam :)
No comments:
Post a Comment