dan sekarang semua orang pun dalam fasa menghampiri dinding kebebasan. ada yang takut terkulai akibat dimamah dunia kebebasan. yelah, bebas. jauh dari kongkongan ibu bapa. buat itu ini tiada yang akan tegur. ada tu memang ada, rakan? ye memang boleh menegur tapi berapa peratus sangat yang kita akan dengar dan berikan perhatian. aku sendiri pun, tipu lah kalau katakan tak berdebar menempuh alam kolej ni. orang kata banyak godaan dan dugaan. jadi yang penting, jangan rempuh semua dinding itu, separuh pun dah cukup. kerana sekurang-kurangnya separuh badan kita masih belum bebas berterbangan dalam dunia besar. dan sebab itu, kalau ada tersilap langkah sedikit, bahagian sebelah badan lagi boleh tarik semula kita ke tempat asal.
No comments:
Post a Comment