Sunday, February 20, 2011

Zaman, masa dan waktu.

Assalamualaikum dan selamat malam :)


Hari ni aku berjalan, menonjolkan diri di khayalak ramai. Aku duduk di satu sudut. Di kawasan orang lalu lalang. Pelbagai orang aku jumpa. Berbagai-bagai ragam aku nampak.

Pasangan yang berpimpinan tangan.
Sumai isteri yang bermesra sayang.

Si perempuan yang menjolok mata.
Si lelaki yang bersubang telinga.

Si ibu berleteran anaknya.
Si ayah berperasaan kosong.

Si muda berlakonkan kematangan.
Si tua ditinggalkan zaman.


Aku flashback zaman lama. Zaman aku masih berhingus didukungan ibu. Zaman aku rasa bapa lelaki pujaan aku.


Aku imbas pula zaman 10 tahun selepas hingusan. Zaman baru nak up orang katakan. Masa mana kita paling banyak bohong. Waktu yang kita terkapai-kapai mencari identiti.

Masa yang 'wah kau seksi, kau laku'.
Waktu yang 'kau shuffle sampai kasut haus' dapat perhatian.


HAHA. Bodohkan zaman nak up kita. Gelak besar bila aku kenang.

Zaman itu juga zaman paling mencabar. Yelah, rasa macam dunia perlu tahu wujudnya kita.
Engkau terasa? haha. Aku agak dah.


Balik kepada mencari identiti sendiri ;

Pernah kau nampak kawan perempuan kau mula pakai alat solek tebal 10 inci dan baju separuh terselah kulit?
Pernah nampak rambut hitam bersinar disalut perang emas?

Pernah lihat kawan lelaki kau pakai rantai berat 10 tan dan seluar terlondeh sampai ke peha? haha.
Atau lihat pakai subang sambil jalan terkengkang-kengkang ala-ala gengster kampung?

Gelak besar lagi aku. HAHA.


Dan aku cuba pula renung zaman sekarang. Masa kini. Alhamdulillah masing-masing dah jumpa identiti sendiri. Identiti yang bukan masa zaman nak up tu. Identiti yang molek dipandang dan tak nampak bajet di mata. haha. Tapi kesian juga, yang segelintir tu, yang masih amalkan ilmu nak up kan diri.

Sudah sudah lah tu. Tak perlu nampak hebat untuk orang kenal. Tak perlu tayang muka poyo untuk orang tabik. Bergaya dan berjalan macam biasa, pun dah memadai. Perangai dan sikap jaga, pun aku dah tabik spring. haha.

Aku tak tujukan kat siapa-siapa. Cuma semua ni terlintas bila aku jalan-jalan sorang-sorang dalam shopping complex selepas kawan aku balik. Dan aku rasa yang aku perlu share apa yang aku nampak dan rasa. Ya, sebab aku ni memang suka perhatikan gerak-geri orang sekeliling aku. Tak salah kan? :)

2 comments:

Shima Hishamuddin said...

yup, mcm2 la kan zmn baru nk up ni haha

nadiahbs said...

haha sangat kot =.=